Dasar Privasi
Dikemas kini: 20 Oktober 2026
Pahlawan Angka ialah aplikasi latihan Matematik KSSR untuk murid sekolah rendah. Akaun dibuka oleh ibu bapa atau penjaga, dan anak bermain melalui profil di bawah akaun penjaga. Dasar ini menerangkan data yang kami kumpul dan cara kami menggunakannya.
Data yang kami kumpul
- Akaun penjaga: nama dan alamat email daripada log masuk Google.
- Profil anak: nama panggilan, darjah, dan avatar yang dipilih oleh penjaga.
- Kemajuan pembelajaran: soalan yang dijawab, ketepatan, masa bermain, ganjaran dan kemajuan topik, supaya soalan dapat disesuaikan dengan tahap anak dan laporan dapat dipaparkan kepada penjaga.
- Pembelian: nama penjaga, nombor telefon, pelan yang dibeli dan status bayaran. Bayaran diproses oleh gateway pembayaran pihak ketiga (CHIP). Kami tidak menerima atau menyimpan nombor kad atau butiran log masuk bank anda.
- Program affiliate (jika menyertai): nama, nombor telefon dan butiran akaun bank untuk pembayaran komisen.
- Maklum balas yang anda hantar secara sukarela melalui aplikasi.
Cara kami menggunakan data
- Menyediakan aplikasi, menyimpan kemajuan dan menyesuaikan latihan.
- Mengesahkan bayaran dan mengaktifkan pelan yang dibeli.
- Menghantar email berkaitan akaun, seperti pengesahan pembelian dan maklumat affiliate.
- Memperbaiki soalan dan pengalaman pembelajaran berdasarkan data penggunaan.
Kami tidak menjual data peribadi, dan tidak memaparkan iklan pihak ketiga.
Perkongsian dengan pihak ketiga
Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan aplikasi:
- Supabase: pangkalan data dan log masuk.
- Google: log masuk akaun dan penghantaran email.
- CHIP: pemprosesan bayaran.
- Netlify: pengehosan laman web.
Penyimpanan dan keselamatan
Data disimpan dalam pangkalan data dengan kawalan akses. Setiap penjaga hanya boleh melihat data keluarga sendiri. Sebahagian tetapan dan kemajuan juga disimpan dalam pelayar pada peranti anda.
Hak penjaga
Anda boleh meminta salinan, pembetulan atau pemadaman data akaun dan profil anak anda dengan menghubungi kami. Rekod pembayaran mungkin perlu disimpan untuk tujuan perakaunan.
Hubungi kami
Email: pahlawanangka.app@gmail.com
Dasar ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh di atas menunjukkan versi terkini.